![]() |
| |
HARI Ahad lalu, Diva terima panggilan telefon daripada seorang rakan. Dia merungut sambil bertanyakan kenapa Sensasi Bintang keluarkan gambar Nita dan Zahid minggu lalu.
Katanya, mereka itu sudah pun putus kasih dan tidak bergelar kekasih dua sejoli lagi.
"Betul Va. Kenapa kau keluarkan gambar mereka? Kasihan aku tengok cinta yang tidak kesampaian tu. Tak baik tau," ujar teman Diva yang menyatakan sumber yang didapatinya boleh dipercayai.
Diva cuma boleh minta maaf kalau sudah mengguris hati kedua-dua penyanyi tersebut. Diva tahu pun setelah mendapat panggilan telefon daripada teman Diva yang bersaham tinggi itu.
Sebelum ini, Diva ada dengar daripada beberapa teman yang pernah terserempak dengan Zahid tanpa Nita sebaliknya ditemani rakan-rakan lain.
Tapi tak sangka pula sampai putus kasih. Maknanya tiga kali ganda kecewalah Zahid. Sudahlah Studio Cafe miliknya ditutup, pasukan bola kesayangannya iaitu Belanda kalah dalam Piala Dunia dan sekarang putus cinta pula dengan Nita. Sabar jelah.
Mungkin bukan jodoh mereka. Diva doakan semoga mereka berdua bersabar tetapi Diva tertanya-tanya apa punca perpisahan mereka kerana sebelum ini mereka cukup loving!

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: