Thursday, July 29, 2010

Merisik Khabar Dedah Keperitan Hidup Masyarakat

Aznil dan Nizam Sani ketika tayangan ekslusif Merisik Khabar.

KUALA LUMPUR Sebuah program televisyen berbentuk kemasyarakatan berjudul Merisik Khabar bakal menemui penonton di Astro Prima bermula 9 Ogos.

Ia akan keudara selama setengah jam bermula pukul pukul 7 malam.

Program ini akan memberi pendekatan dengan menyusuri susah payah individu di luar sana yang dikesan melalui segmen Merisik Khabar kelolaan Aznil di radio Era.

Rancangan tersebut akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu sepanjang bulan Ramadhan.

Program ini akan menhulurkan bantuan bukan sahaja dalam bentuk kewangan, bantuan ubat-ubatan dan barangan asas malah dalam bentuk moral khidmat nasihat dan bual bicara bersesuaian dengan masalah mereka.

Pengacara dan juruhebah terkenal, Aznil Nawawi bertanggungjawab mengemudi rancangan 20 episod itu.

Ia antara lain akan membicarakan kes yang diambil daripada program radio tersebut.

Pengrurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata penerbitan program ini merupakan inisiatif yang telah diusahakan oleh pihak Astro dengan kerjasama Era dan Revive Isotonik untuk menyuntik kesedaran penonton.

Aznil Haji Nawawi

"Program ini secara tidak langsung dapat membantu mereka yang mengalami kesempitan dan kesusahan.

"Kami tidak sekadar membantu malah memberi mereka peluang bagi meneruskan kehidupan," katanya.

Bagi Aznil atau Pak Nil, program ini merupakan salah satu cara mereka untuk meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan.

"Saya rasakan program yang pada asalnya hanya di terbitkan di radio boleh dikembangkan lagi menjadi sebuah rancangan televisyen selepas mendapat maklum balas pendengar.

"Sehari saya menerima kira-kira 20 khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ingin berkongsi masalah, sampaikan saya rasa terlalu istimewa kerana mereka percaya kepada saya berbanding orang lain," jelasnya.

Tambahnya lagi, kepercayaan yang diberikan masyarakat yang mengadu masalah dan keperitan seharusnya dikongsi dengan masyarakat lain bukan sahaja melalui radio malah di televisyen.

Program yang dikembangkan dari segmen pagi di stesen radio Era itu juga bakal menyaksikannya Pak Nil sendiri turun padang menangani kes-kes yang berat dan serius.

"Program tersebut akan dibantu oleh dua wartawan penyiaran iaitu Intan Liana dan Mohammad Fahrurazi yang turun padang, namun bagi beberapa kes tertentu saya sendiri akan turun.

"Saya mahu kita berkongsi keperitan dan kepayahaan yang mereka lalui. Kadang-kadang kita tak boleh bayangkan bagaimana mereka boleh lalui hidup yang serba kekurangan," katanya.

Lebih menarik program ini turut memaparkan kehidupan beberapa orang artis dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) seperti Sri Bayu dalam satu segmen khas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: