![]() |
| SEORANG anggota UPP memeriksa pelbagai mercun dan bunga api yang dirampas dari sebuah lori di Kampung Jakar, Bukit Bunga, Tanah Merah kelmarin. |
RANTAU PANJANG - Aktiviti penyeludupan mercun biasanya banyak berlaku pada bulan Ramadan.
Namun para penyeludup kini menukar taktik dengan membawa masuk barangan itu lebih awal.
Bagaimanapun, usaha mereka sia-sia kerana pihak berkuasa cekap menghidu cubaan yang dilakukan penyeludup-penyeludup itu.
Terbaru, Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas mercun pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM15,400 dalam serbuan di Pengkalan Ayam Terusan dekat sini kelmarin.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: