Monday, July 19, 2010

10,000 meriahkan Hari Koperasi


PENGUNJUNG diberi penerangan mengenai produk-produk yang dihasilkan oleh pertubuhan koperasi pada pameran Hari Koperasi Negara 2010 di Padang MPK 2 di Kuantan semalam.


KUANTAN - Sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2010 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini yang melabuhkan tirainya petang semalam berjaya mencapai sasaran apabila dihadiri oleh lebih 10,000 pengunjung.

Pada sambutan tiga hari yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, orang ramai tidak melepaskan peluang melawat 150 petak niaga yang menempatkan ruang pameran, gerai jualan serta kaunter maklumat.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Pahang, Zahari Abdul Aziz berkata, pihaknya amat berbangga dengan sokongan padu diberikan oleh semua pihak yang menjayakan sambutan HKN 2010 kali ini.

"Sambutan orang ramai terhadap HKN yang julung kali diadakan di Pahang begitu menggalakkan dan mencapai sasaran dari segi bilangan pengunjung meskipun ia berlangsung dalam suasana hujan.

"Acara ini dilihat memenuhi objektif SKM iaitu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai peranan mereka dalam memantapkan ekonomi negara dengan menyertai koperasi," katanya ketika ditemui Kosmo! di Padang MPK 2 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: