Saturday, July 3, 2010

Mel Gibson caci bekas kekasih Yahudinya


GAMBAR Mel Gibson dan bekas kekasihnya, Oksana Grigorieva pada 4 Februari lalu di Paris.


LOS ANGELES - Aktor Hollywood, Mel Gibson sekali lagi terjebak dalam kontroversi setelah dia dirakamkan melontar kata-kata cacian perkauman terhadap bekas teman wanitanya yang berbangsa Yahudi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kata-kata kesat bintang filem Braveheart berusia 54 tahun itu dirakamkan oleh bekas teman wanitanya, Oksana Grigorieva susulan pertengkaran mengenai hak penjagaan anak perempuan mereka yang berusia sembilan bulan, Lucia.

Dalam satu pertengkaran, dia mengkritik cara penyanyi berusia 40 tahun itu berpakaian dengan berkata: "Awak memalukan saya. Kalau awak dirogol sekumpulan negro, padan muka awak," katanya.

Semasa satu lagi pertengkaran, pelakon itu berkata: "Berani awak berkelakuan seperti jalang apabila saya melayan awak dengan baik."

"Saya akan datang dan bakar rumah awak hingga hangus," tambahnya.

Sikap panas baran aktor berkenaan membangkitkan kemarahan seorang pemimpin hak awam di Amerika Syarikat (AS), Jesse Jackson yang meminta Gibson mendapatkan bantuan dan rawatan.

"Sikap panas baran dan sentimen anti-Yahudi pelakon itu jelas menonjolkan kelemahan peribadinya," kata Jackson.

Pada 2006, Gibson mengejutkan para peminatnya apabila dia melontar komen anti-Yahudi semasa ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di Malibu, California.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: