Saturday, July 3, 2010

Bapa dan abang pelakon Harry Potter ditahan


AFSHAN AZAD


MANCHESTER - Bapa dan abang seorang bintang filem Harry Potter, Afshan Azad didakwa atas tuduhan membuat ugutan bunuh selepas berlakunya pergaduhan mengenai teman lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Afshan yang berusia 22 tahun muncul dalam empat buah filem ahli sihir itu dengan memegang watak Padma Patil berasal dari sebuah keluarga Islam yang tegas. Dia dilaporkan diserang di rumah ibu bapanya di Longsight, Manchester pada Mei lalu selepas mula bercinta dengan seorang lelaki.

Bapanya, yang berumur 54 tahun dihadapkan di sebuah mahkamah atas tuduhan mengancam untuk membunuhnya.

Abang Afshan, Ashraf, 28, yang turut berdepan tuduhan sama juga didakwa mengasari Afshan dan mengakibat kecederaan fizikal. Mereka berdua dibenarkan ikat jamin dengan syarat tidak boleh menghubungi aktres tersebut di rumah barunya di London. Afshan masih belajar di Kolej Xaverian di Manchester ketika mula-mula membintangi filem Harry Potter And The Goblet Of Fire pada tahun 2005.

Dia kemudian terus membintangi tiga lagi filem Harry Potter, selain filem terbaru iaitu Harry Potter And The Deathly Hallows yang dijangka ditayangkan di pawagam pada hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: