![]() |
| MEGAN FOX |
MEGAN FOX dan Brian Austin Green telah berkahwin pada 24 Jun lalu. Bagaimanapun aktres yang mendadak terkenal menerusi filem The Transformers itu merahsiakan perkahwinannya itu yang mana dan majlis perkahwinan telah berlangsung di sebuah pantai di Hawaii dengan anak lelaki Brian, Kassius, 8 tahun menjadi pengapit mereka.
Walaupun cuba meletakkan jurang pada majlis perkahwinan itu dengan pihak media, nampaknya ada pihak yang telah menyebarkan gambar majlis tersebut yang dijalankan dalam adat perkahwinan masyarakat Hawaii.
Malah baru-baru ini, gambar terkini aktres berusia 24 tahun itu sempat dirakamkan. Menariknya, gambar tersebut menunjukkan Megan yang menutup muka daripada dirakamkan dengan tangannya secara tidak sengaja telah menunjukkan cincin pertunangannya.
Aksi tersebut dirakamkan sewaktu Megan dilihat di satu kawasan di Barat Hollywood dengan dia hanya berpakaian kasual.
Bercakap tentang perkahwinan mereka, Megan yang menggayakan busana pengantin rekaan Emporio Armani sedondon suaminya berkata: "Saya lebih mencintainya berbanding dahulu. Kami sekarang lebih memberi komitmen antara satu sama lain."
Sementara itu, seorang teman yang menghadiri berkata pasangan itu nampak cukup bahagia pada hari bersejarah tersebut. "Saya tahu mereka telah lama merancang untuk hidup bersama dan mereka memang saling melengkapi."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: