Friday, July 16, 2010

Bicara kesat Mel Gibson


HUBUNGAN Mel Gibson dan Oksana Grigorieva kini berakhir dengan Mel mendakwa bekas kekasihnya itu cuba menyusukan anak mereka dengan payu dara palsunya.


AKTOR Mel Gibson baru-baru ini 'tertangkap' dengan percakapan serta perbuatan kasar yang dilakukan terhadap bekas teman wanitanya, Oksana Grigorieva yang telah dirakamkan dan kini tersebar luas di Internet.

Mengikut rakaman yang dimuat turun oleh Radar Online, Mel telah melemparkan kata-kata kesat terhadap Oksana kerana tidak tahan dengan imej berpakaian wanita itu.

"Saya sudah tidak tahan melihat cara kamu berpakaian. Kamu selalu memakai pakaian yang provokatif dengan payu dara palsu yang kamu tayang kepada semua orang!" ujar Mel, 54, kepada Oksana yang juga merupakan penyanyi Rusia berusia 40 tahun.

Selain mendakwa Oksana memiliki payu dara palsu, Mel turut menyatakan tidak menyukai tindakan wanita itu yang cuba menyusukan anak mereka, Lucia, 8 bulan, dengan payu dara palsu tersebut.

Herdik Mel lagi: "Saya hanya menyampaikan perkara yang benar. Saya tidak suka dan tidak mempercayai kamu lagi. Saya juga sudah tidak cinta kamu. Saya akan jaga anak kita, tapi saya sudah tidak mahu kamu lagi."

Walaupun suara Mel kedengaran begitu marah, Oksana pula dikatakan mengambil sikap berdiam diri. Tetapi dia telah membuat laporan polis mendakwa Mel telah menumbuk mukanya beberapa kali.

Bagaimanapun Mel yakin tindakan tidak akan diambil ke atasnya kerana dia mendakwa berbuat demikian selepas Oksana cuba membolot harta dan duitnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: