Friday, July 9, 2010

Maybank Treatsfair kembali lagi


HONG TAT menunjukkan kempen promosi karnival Maybank Treatsfair di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Maybank mengunjurkan peningkatan volum jualan sebanyak 25 peratus atau kira-kira RM10 juta bersempena penganjuran karnival Maybank TreatsFair 2010 di Pusat Pameran Mid Valley yang bermula semalam.

Bertemakan 'Dekat dengan anda' TreatsFair merupakan karnival beli-belah tanpa wang tunai terbesar dalam industri ini yang mana ia dijangka menarik lebih daripada 180,000 pengunjung.

Menurut Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat, karnival yang diadakan sehingga 11 Julai itu melibatkan lebih 250 gerai yang menawarkan pelbagai rangkaian perkhidmatan dan produk termasuk produk pengguna, peralatan rumah dan elektronik serta pengembaraan.

"Karnival itu merupakan acara utama untuk perniagaan kami, di mana para pemegang kad Maybank berpeluang menebus TreatsPoints yang dikutip di satu lokasi sehenti.

"Selain menyediakan penjimatan besar, acara ini juga menyediakan platfom bagi rakan dagangan kami untuk memasarkan produk mereka kepada pasaran yang lebih meluas," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran karnival itu di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Perkhidmatan Rangkaian Global American Express International, Sanjiv Malhotra; Naib Presiden dan Pengurus Besar Kanan Negara Malaysia dan Brunei MasterCard Worldwide, Jim Cheah serta Naib Presiden Pembangunan Perniagaan VISA International, Ng Kong Boon.

Selain itu, Hong Tat berkata, bank tersebut juga menyasarkan lebih 1 bilion mata ganjaran TreatsPoints yang bernilai kira-kira RM5 juta ditebus oleh para pemegang kadnya berbanding lebih 750 juta yang bernilai kira-kira RM4 juta yang ditebus pada penganjuran tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: