SELEBRITI kontroversi, Lindsay Lohan menafikan dakwaan bahawa dia telah "mengusik" alat elektronik Scram supaya ia tidak dapat merekodkan bacaan alkohol pada badannya.
Bintang The Mean Girls itu dilaporkan pernah meletakkan objek tidak dikenali di antara kaki dan Scram untuk mengganggu bacaan alkohol.
Malah data daripada Scram menunjukkan ia pernah "diusik" dalam dua insiden berbeza.
Peguam, Shawn Chapman Holley yang tidak lagi mewakili Lilo menafikan dakwaan tersebut.
Sebaliknya, dia menyalahkan teknologi yang memberikan bacaan yang meragukan.
"Lindsay menegaskan dia tidak pernah mengusik alat tersebut. Dia mempunyai beberapa saksi untuk membuktikan dia tidak pernah "mengusik" alat elektronik tersebut," katanya kepada media.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: