Monday, July 5, 2010

Lindsay Lohan Ditampar Pelayan Kelab

PENYANYI Lindsay Lohan tidak pernah terlepas dengan kontroversi dan masalah. Malah baru-baru ini dia telah ditampar oleh seorang pelayan sewaktu sedang merayakan ulang tahunnya di Los Angelas.

Lohan yang menyambut ulang tahun ke 24 telah meraikannya di Voyeur club pada 2 Julai lalu. Ketika sedang asyik minum, seorang wanita menghampiri dan tiba-tiba memukulnya.

Lohan sendiri tidak menghebohkan insiden kecil itu, dia hanya menulis di Twitter peribadi miliknya bahawa seorang pelayan menamparnya tanpa alasan. Seorang saksi di kelab itu mengatakan bahawa Lohan sedang minum Red Bull ketika wanita tersebut menampar tepat di wajahnya.

Manakala sumber yang dikutip UsMagazine.com menyatakan pelayan wanita itu pernah mempunyai hubungan dengan Doug Reinhardt dan ternampak Lohan sedang bermesraan dengan bekas kekasih Paris Hilton itu. Pelayan tersebut cemburu dan menampar Lohan. Doug yang tidak mahu terlibat dengan masalah tersebut menghindari adegan tersebut. Manakala Lohan menjauhkan diri dari wanita tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: