Leonardo DiCaprio enggan berkahwin kerana menganggap ikatan perkahwinan akan menjejaskan kariernya kelak.
Sumber terdekat bintang Titanic itu berkata, jejaka idaman Hollywood yang telah bersama dengan kekasih yang juga model terkemuka Bar Refaeli belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya kerana khuatir kerjayanya akan menjadi seperti Ben Affleck dan Tom Cruise yang mengalami kejatuhan akibat perkahwinan.
“Leo berjanji dengan Bar yang kini berusia 25 tahun yang dia mahu bersama selamanya tetapi ingin berkahwin hanya apabila usia Bar 30 tahun,” kata sumber tersebut kepada The National Enquirer.
“Dia kreatif dan mempunyai banyak idea dan filem yang ingin dibuat untuk masa lima tahun lagi.
“Dia menyayangi Bar dan tahu dia perlu memberikan komitmen atau dia akan pergi. Dia suka memaksa, berdikari dan dia juga pernah meninggalkan Leo sebelum ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: