BINTANG pop Kylie Minogue mengaku akan berasa kecewa sekiranya membaca ulasan negatif tentang lagunya.
"Ia seperti pisau yang menghiris sekiranya saya membaca ulasan negatif. Bagaimanapun, ulasan negatif itu membuatkan saya bangkit kembali," kata Minogue.
Penyanyi dari Australia dan berusia 42 tahun itu lebih memberi tumpuan mengenai ulasan dan respons peminat terhadap lagunya.
Album terbaru Minogue berjudul Aphrodite menduduki posisi tertinggi pada carta British, Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: