
KUALA LUMPUR - Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. (Kumpulan Rahman Brothers), menyasarkan pembukaan 200 buah kios roti yang dikenali sebagai Bread Pit Stop di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.
Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Perancangan Korporat Kumpulan Rahman Brothers, Syahrul Zaman Mohd. Shahril menjelaskan, kios itu berkonsepkan perkhidmatan segera dengan menawarkan kira-kira 15 jenis roti kepada para pelanggan yang inginkan roti segar pada kadar segera.
"Bread Pit Stop adalah seperti gerai burger yang biasa kita tengok di merata tempat.
"Berbeza dengan burger, kami menawarkan alternatif dengan menyediakan pelbagai jenis roti dan ban seperti croissant, donut, ban berperisa rendang ayam, ikan bilis dan sardin yang enak serta berkhasiat pada harga standard RM2.50 sebiji," katanya ketika ditemui Kosmo! di ibu pejabat syarikat itu baru-baru ini.
Menurut Syahrul Zaman, kios tersebut bukan sahaja menyediakan roti panas dalam masa kira-kira tiga minit tetapi juga memberi peluang kepada pelanggan untuk membawa pulang roti beku untuk dipanaskan dan seterusnya dinikmati di rumah.
Katanya, roti-roti yang disediakan itu telah mendapat pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dihasilkan di kilang yang mematuhi piawaian Titik Kawalan Kritikal dan Analisis Berbahaya (HACCP).
"Kami telah membuka kios pertama di Pusat Perubatan UKM sejak bulan Mac lalu.
"Kami juga akan membuka lima kios lagi di pusat pameran automotif Syarikat Rahman Brothers Motor Sdn. Bhd., masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Johor dan Kedah tidak lama lagi," jelasnya.
boleh x bekalkan roti croissant kosong kat saya.
ReplyDeletekalau boleh sila email: gnineapparel@yahoo.com
no.hp: 0193680520 / 0196648208
(atikah)
kalau boleh nk tau harga sebiji roti tu jugak .
thanks.