Monday, July 26, 2010

Kenangan bersama A&W bawa tuah kepada Lin Lin


RAJA NONG CHIK (tengah) bergambar dengan para pemenang pertandingan A&W What's Your Story di Petaling Jaya semalam.


KUALA LUMPUR - Berkongsi keterujaan setiap kali melihat maskot beruang rangkaian makanan segera A&W yang gemar menari di kaca televisyen ketika zaman kanak-kanaknya telah membawa tuah kepada Goh Lin Lin apabila beliau memenangi hadiah utama kategori penulisan peraduan A&W What's Your Story.

Wanita dari Pahang yang kini berusia 39 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, sebuah komputer riba Acer Aspire dan pakej pelancongan tiga hari dua malam ke Berjaya Tioman Beach Resort di Pulau Tioman dalam peraduan anjuran A&W Malaysia Sdn. Bhd. (A&W).

KUB Malaysia Bhd. (KUB) merupakan pemegang francais rangkaian restoran makanan segera A&W di Malaysia dan Thailand.

"Hampir setiap minggu saya akan mendesak kedua-dua ibu bapa saya untuk membawa saya bertemu beruang itu di Kuala Lumpur tetapi setiap kali ke sana, saya gagal bertemu dengan 'cinta pandang pertama' saya itu," katanya selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan A&W What's Your Story di sini kelmarin.

Peraduan yang diadakan selama tujuh minggu itu bermula 22 Mei lalu bertujuan untuk menyelami kenangan manis para pelanggan A&W bersama rangkaian makanan segera tersebut.

Sementara itu, hadiah utama kategori video dimenangi oleh Thong Chern Yau yang turut membawa pulang hadiah yang sama seperti yang dimenangi Lin Lin.

Tempat kedua dan ketiga kategori penulisan dimenangi oleh Nadia Mohamad Hatta dan Zukri Valenteno manakala Chua Yi Ling dan Beh Phaik In bagi kategori video.

Hadiah tempat kedua setiap kategori terdiri daripada wang tunai RM3,000 dan ketiga RM1,500 bersama komputer netbook setiap seorang dan pakej pelancongan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: