![]() |
| KELLY BROOK |
PELAKON Kelly Brook telah menyuruh bekas teman lelakinya, aktor Jason Statham untuk mencarikan dia teman lelaki baru. Aktres itu yang baru sahaja berpisah dengan pemain ragbi, Danny Cipriani dikatakan telah menelefon aktor itu kerana mahukan dia mencari lelaki di Los Angeles.
Kata satu sumber: "Kelly telah menelefon Jason untuk melihat sama ada dia mempunyai kawan lelaki yang bujang di Los Angeles. Ini kerana Kelly mempercayai penilaian Jason."
Kelly pernah bercinta dengan Jason selama tujuh tahun sebelum berpisah pada tahun 2004 untuk bersama dengan aktor Billy Zane. Kini, dia dilaporkan berasa takut untuk kekal solo dan mahu kembali bercinta secepat mungkin.
Tambah sumber itu: "Sebenarnya dia tidak perlu mencari terlalu jauh kerana lelaki berebut untuk keluar bersamanya. Namun, Kelly berasa fobia keseorangan. Dia merasakan dirinya lebih kuat apabila dia memiliki lelaki dalam hidupnya.
"Dia risau mengenai kariernya dan pada masa yang sama memikirkan mengenai perhubungan serta bentuk badannya."
Sejak berpisah dengan Danny, Kelly, 30, difahamkan bercuti di Pulau Carribbean bersama sekumpulan kawan termasuk pelakon Glee, Matthew Morrison.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: