![]() |
| ADRIEN BRODY |
AKTOR Adrien Brody tidak pernah risau dirinya semakin tua kerana berasa lebih muda berbanding ketika dia berusia 20-an. Dia yang berusia 37 tahun merasakan dirinya lebih gembira serta bermakna berbanding zaman mudanya.
Katanya: "Anda akan melalui fasa berlainan dalam hidup anda dan ia amat menarik. Mungkin ada orang yang berusia 40 tahun tetapi ingin kembali ketika berusia 30 tahun. Namun, usia bukan sesuatu yang saya risaukan."
Mengecapi kejayaan dalam hidup anda akan membantu menghilangkan kesemua masalah anda. "Saya berasa lebih muda berbanding beberapa tahun lalu. Saya lebih mengenali diri saya daripada pengalaman yang dikumpul.
"Semua itu tidak datang sekelip mata. Jadi saya menghargai masa-masa yang dilalui untuk mengumpul aspek positif itu."
Pada tahun 1980-an, Adrien bergelut untuk mencari kerja sebagai aktor di Los Angeles. Maka, kini dia bernekad untuk tidak mensia-siakan populariti yang diperolehinya sekarang.
Jelasnya kepada surat khabar Scotsman: "Saya amat bertuah kerana berpelung untuk merasai kesukaran dan kejayaan dalam hidup. Saya bergelut untuk menjadi pelakon di Los Angeles bertahun lamanya. Kini selepas berjaya, saya amat bersyukur dan menghargainya."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: