Thursday, July 15, 2010

Kareena sah jadi Marilyn


KAREENA KAPOOR


AKHIRNYA teka-teki siapa yang akan membawa watak wanita legenda dunia, Marilyn Monroe dalam filem Heroine yang diilhamkan berdasarkan kehidupan wanita itu terjawab.

Watak rebutan filem milik Madhur Bhandarkar itu akhirnya kini telah rasmi menjadi milik Kareena Kapoor, sekali gus mengiakan spekulasi yang hangat dikatakan sebelum ini.

Berita tersebut juga merupakan satu berita gembira bagi Kareena dan Madhur selepas tiga kali gagal bekerjasama kerana Kareena terbabit dengan komitmen lain.

Sebaik disahkan menjadi Marilyn, aktres terkenal itu tidak menunggu lama untuk mengkaji tentang kehidupan wanita tersebut selain mula menonton semua filem lakonan Marilyn. Untuk memantapkan lakonannya lagi, Kareena dilaporkan telah menonton filem-filem klasik Bollywood lakonan Waheeda Rehman, Nargis dan Madhubala.

Malah katanya, dia yakin watak yang disediakan Madhur itu merupakan antara watak paling mencabar yang akan dibawakan sepanjang karier lakonannya.

Buat masa ini, Kareena begitu sibuk di lokasi tiga buah penggambaran filem sebelum dia akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk filem Heroine sebaik menyudahkan ketiga-tiga penggambaran tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: