Friday, July 2, 2010

Kanye West disaman


KANYE WEST


PENYANYI rap terkenal, Kanye West kini berhadapan dengan tindakan mahkamah daripada seorang penulis lirik dan penerbit yang kurang dikenali apabila dia didakwa memplagiat lagu berjudul Stronger yang dikeluarkan pada tahun 2007.

Vincent Peter mendakwa Kanye telah memplagiat susunan lagu miliknya yang juga berjudul Stronger yang mana lagu itu ditulis pada tahun 2006.

Peter menegaskan, dia telah memberi satu salinan lagu tersebut kepada pengurus muzik syarikat milik Kanye, John Monopoly, semasa satu mesyuarat di Chicago, Illinois pada November, 2006, dan tergamam apabila lagu Stronger versi rap ke udara di corong radio beberapa bulan kemudian.

Tidak puas hati, Peter telah memfailkan saman di mahkamah daerah Northern, Illinois pada 25 Jun lalu atas ganti rugi dan kerosakan lain, malah, kes tersebut turut akan dibiacarakan di hadapan juri, lapor laman web AllHipHop.com.

Lagu Stronger telah menjadi salah satu lagu paling hit sepanjang kerjaya nyanyian Kanye dan telah terjual lebih daripada tiga juta unit. Bahkan, lagu itu juga menjadi lagu ke-16 paling banyak dimuat turun sehingga hari ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan muat turun muzik iTunes.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: