ALOR SETAR - Misteri kejadian pecah kereta yang membelenggu penduduk di Taman Delima di sini sejak beberapa tahun lalu terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki yang terlibat dengan gejala itu semalam.
Suspek berusia 29 tahun terbabit dicekup oleh penduduk pukul 1.45 pagi sebelum diserahkan kepada polis sebaik sahaja dia selesai memecah lapan buah kereta di situ.
Seorang mangsa, Tay Boon Wah, 37, (gambar kecil) memberitahu, kejadian itu disedarinya sebaik terdengar bunyi cermin kereta jenis Toyota Harrier miliknya dipecahkan ketika dia sedang tidur di rumahnya
Katanya, cermin keretanya pernah dipecahkan sebanyak dua kali sebelum itu.
"Ketika sedang tidur, saya terdengar bunyi bising dan apabila meninjau dari tingkat atas, saya nampak seorang lelaki sedang memecahkan cermin kereta saya.
"Saya menjerit sebelum suspek yang menaiki motosikal cuba melarikan diri. Saya kemudian mengejarnya dengan menaiki kereta dibantu oleh penduduk lain," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: