MAJLIS Pertanian Taiwan mendedahkan kejayaan pembiakan transgenik ikan Convict cichlids (Amatitlania nigrofasciata) dan Angelfish (Pterophyllum scalare) yang menghasilkan cahaya di badannya atau dipanggil ikan pendarfluor.
Ia merupakan hasil penyelidikan bersama dengan Akademi Penyelidikan Kebangsaan Taiwan, Academia Sinica.
Kejayaan tersebut dicapai melalui usaha selama hampir tujuh tahun dan mewakili pengubahsuaian genetik ikan akuarium terbesar setakat ini selepas Glofish Zebra danio (Danio rerio) dan pendarfluor Medaka (Oryzias latipes).
Dr. Chih-Yi Chen, yang mengetuai pasukan penyelidikan daripada Institut Sel dan Biologi Organismik, Academia Sinica berkata, menghasilkan transgenik Convict cichlids memerlukan lebih usaha kerana telur ikan perlu diawasi setiap masa.
Para penyelidik perlu menunggu di tangki ikan yang ingin bertelur agar cebisan gen dapat disuntik pada telur Convict cichlid itu.
Bagaimanapun, halangan lebih besar dihadapi oleh para penyelidik dalam menghasilkan angelfish pendarfluor, kerana kaedah suntikan mikro cebisan gen tidak dapat digunakan pada ikan berkenaan.
Dalam kes ini, kaedah electroporation terpaksa diguna pakai iaitu membuat membran sel lebih telap dengan menggunakan satu medan elektrik.
Convict cichlids pendarfluor dijangka memasuki pasaran ikan perhiasan seawal 2012, dengan nilai pengeluaran mencecah sekurang-kurangnya AS$60 juta (RM194 juta) setiap tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: