HASRAT membeli gajet yang diingini bukan lagi perkara sukar apabila semua yang dihajatkan itu kini boleh didapatkan di bawah satu bumbung.
Jika sebelum ini pusat teknologi maklumat (IT) yang mempunyai himpunan gajet-gajet terkini sukar ditemui, pusat beli-belah Berjaya Times Square (BTS) kini memudahkan pelanggannya dengan membuka ruang niaga IT Centre di kompleks komersial tersebut.
Tumpuan warga kota pencinta dunia IT di Plaza Low Yat yang semakin sesak juga dapat diatasi dengan pilihan pusat jualan terbaru ini. Bukan sahaja memudahkan orang ramai kerana dihubungkan dengan pengangkutan awam, lokasinya yang berhampiran juga menjadi tanda persaingan sihat buat konsumer yang memerlukan alternatif.
Menurut jurucakap BTS Joint Management Body, IT Centre menawarkan pelbagai peralatan digital lengkap yang bersesuaian untuk seisi keluarga.
"Sekiranya pelanggan berkunjung ke sini, mereka boleh memilih pelbagai jenama komputer riba popular dan kelengkapan aksesori komputer hinggalah ke telefon bimbit terkini serta kamera digital berkualiti tinggi.
"IT Centre mempunyai segala-galanya di bawah satu bumbung untuk memuaskan semua keperluan digital anda," katanya.
Menurut jurucakap berkenaan, BTS menyambut pembukaan IT Centre dengan suatu promosi yang berlangsung sehingga dinamakan IT & Gadget Extravaganza.
"Promosi bermula dengan acara besar-besaran di aras bawah tanah (LG) dan tingkat bawah, sempena sambutan ulang tahun kesepuluh majalah PC.COM. Sepanjang promosi itu, para pengunjung dapat menikmati pelbagai promosi hebat peralatan berjenama seperti Asus, Acer, Toshiba, Dell, HP, Fujitsu dan Sony VAIO.
"Di samping itu, pelbagai jenis peralatan digital seperti kamera, perisian dan permainan komputer serta aksesori juga boleh didapati pada harga yang istimewa," katanya.
Katanya, dengan setiap pembelian minimum RM100 dalam satu resit di PC Show, pelanggan berpeluang membawa pulang alatan USB serta baucar-baucar percuma bagi makanan dan minuman, pusat kesihatan, taman tema dan tiket wayang.
"Sepanjang promosi IT & Gadget Extravaganza pada bulan Julai ini, para pengunjung juga layak untuk memasuki peraduan Belanja dan Menang (Spend & Win) dengan sebarang pembelian minimum RM200 dalam satu resit di mana-mana kedai di BTS.
"Rebutlah peluang anda untuk berbelanja dan memenangi hadiah-hadiah hebat seperti komputer riba, permainan MP3, iPod, PSP, kamera digital dan banyak lagi," katanya.
Dalam pada itu, BTS turut memeriahkan suasana dengan pelbagai jenis aktiviti, persembahan pentas dan pertunjukan fesyen dari 23 hingga 25 Julai lalu bersempena dengan permulaan Karnival Jualan Mega Malaysia 2010.
"Datang dan nikmatilah pesta hujung minggu yang berlangsung di BTS. Selain itu, kunjungi juga The Boulevard yang menawarkan pilihan diskaun pakaian, aksesori, produk kecantikan, hiburan berserta makanan dan minuman.
"Kedai-kedai yang mengambil bahagian termasuk Black Queen, B Station, Cream, Crocodile, Dandadan Productions, DiGi, Etude House, Hot & Roll, JoJoBa Spa, N&K Enterprise, Original Classics, PC.Com, Shi.Jia.Ler Wonderland, Video Ezy dan YP Store," katanya.
Tambahnya, pengunjung turut dapat menyumbang kepada dana memelihara Harimau Malaya (Malayan Tigers) dan Penyu Marin (Marine Turtles) melalui pembelian pin.
"Jika anda membeli dua pin, anda akan mendapat satu bag eksklusif yang ditaja bernilai lebih RM100. Jadi datanglah ke BTS untuk menderma kepada badan amal Tabung Hidupan Liar (WWF)," katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan di talian 1-300-888-988 atau layari laman web www.timessquarekl.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: