Thursday, July 1, 2010

Harapan Malaysia


PANCAKE 80


MESKIPUN redAMP 2010 Asean's Best Band Competition hanya sebuah pertandingan muzik tetapi melibatkan pelbagai negara berlainan di ASEAN, secara tidak langsung pertandingan itu tidak ubah seperti satu acara besar yang memperdagangkan kreativiti negara.

Sudah pasti apabila kuasa sebanyak 100 peratus diberikan kepada pengundi untuk mengundi tiga band teratas dan 70 peratus kuasa mengundi untuk menentukan pemenang tidak dilepaskan begitu sahaja.

Undian boleh dibuat 24 jam sehari menerusi, SMS, Facebook.com/RedTix. Di bawah, senarai 10 band yang layak ke peringkat separuh akhir:-

Stonebay (Malaysia)

Ahli: Ojie (vokal/gitar), Ashroff (gitar), Roni (bass) dan Afiq (drum)

Ditubuhkan: 2003

Inspirasi: The Beatles, The Doors, Soundgarden, Beach Boys, Dick Van Dyke dan P. Ramlee

BERBICARA dengan vokalis Stonebay, mereka meluahkan rasa syukur apabila terpilih dalam 10 band terbaik. Meskipun mempunyai pengalaman dan telah menghasilkan sebuah album, disebabkan keputusan mengambil kira undian peminat, mereka hanya berserah kepada takdir sahaja.

"Saya berharap dengan penyertaan ini, ia akan membuka mata peminat muzik terhadap muzik Stonebay. Mungkin melalui pertandingan ini, kami dapat pendedahan di negara-negara yang kami tidak pernah sampai," ujar vokalis Stonebay, Ojie.

Katanya lagi, peluang untuk menang adalah sama rata untuk semua band. Andai Stonebay diundi oleh peminat dari negara lain itu sudah cukup untuk membuatkan mereka berpuas hati.




"Terus terang, Stonebay masuk pertandingan ini kerana kami amat memerlukan wang untuk mengembangkan lagi muzik kami. Album yang kami buat semuanya menggunakan wang sendiri begitu juga dengan muzik video. Kalau ada dana yang cukup kami boleh buat banyak benda untuk band kami," katanya.

Bizharo

Ahli: Nash (vokal), Sonny (gitar), Ayed (gitar), Senndart (drum), One Jet (bass)

Ditubuhkan: Mei 2010

Inspirasi: Iron Maiden, In Flames, Atreyu dan Killswitch Engage

MENURUT vokalis Bizharo, Nash memberitahu, band mereka baru ditubuhkan pada bulan lalu semata-mata untuk menyertai redAMP 2010 Asean's Best Band Competition.


STONEBAY


Bagaimanapun, setiap ahli mempunyai band mereka sendiri dan mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam arena muzik underground.

"Kami semua sangat gembira terpilih, kalau menang satu bonus kerana kami bertahun-tahun main muzik di gig-gig jarang dapat bayaran tetapi rasanya sekarang sudah tiba masa kami benar-benar serius dan menjadikan muzik sebagai lubuk rezeki kami," katanya yang membawa genre metal core.

Disebabkan pertandingan ini lebih terarah kepada undian, mereka menyerahkan segala keputusan itu di tangan peminat .

"Walaupun kami membawa genre metal core sebenarnya ia mempunyai kelompok peminat tersendiri. Kami telah berusaha sehabisnya sampai tidak tidur dua hari untuk buat muzik video khas untuk pertandingan ini.

"Walaupun muzik video kami tidak cantik kerana tidak ada bajet, kami amat berharap peminat menilai kami menerusi muzik," ujarnya yang memberitahu saingan terdekat mereka adalah Golden Dragon dan Winfield.


GOLDEN DRAGON


Karacoma (Brunei)

Ahli: Sam Siren (vokal), Mawie (gitar), Wayne (bass), Adi (drum) dan Jaz (gitar utama)

Inspirasi: Metallica, In Flames, Iron Maiden, Judas Priest, Dream Theater, Deftones Paradise Lost, Bjork dan Placebo

Karacoma telah melahirkan sebuah album di Brunei.

Sandra (Indonesia)

Ahli: Zaki (vokal), Steve (drum), Igun (keyboard), Anton Marta (gitar) dan Chiko (bass)

Insipirasi: U2, Jason Mraz, Slank, Gigi, Dewa dan Khahitna.

Golden Dragon (Indonesia)

Ahli: Icun Lin (vokalis), Steven Zhang (vokalis), Sanley Zhong (vokalis), Bertho Yu (keyboard), Dhanny Ji (gitar), Andre Wu (bass) dan Henz Wei (drum)

Inspirasi: Muzik rock, pop dan blues

Golden Dragon telah melahirkan album Mandarin Nian Nian Fad Cai.

Muztava (Indonesia)

Ahli: Boi (vokal), Anto (bass), Ovan (drum), James (gitar), Joan (keyboard), Dorizo (gitar)

Inspirasi: Rialto, Manic Street Preachers, Suede, Queen, The Beatles, Cold Play, Naif dan The Cardigans

Ditubuhkan: 2003

Pancake 80 (Filipina)

Ahli: Franz (gitar), Ruth (vokal), Chris (vokal), Rusty (gitar), Richard (bass) dan Flecher (drum)

Inspirasi: The Beatles, Led Zeppelin dan New Wave Music

Sixty-Nine (Thailand)

Ahli: Kaeng (vokal), Butter (saksafon), Aue (keyboard), Pung (gitar), Muk (bass) dan Pruet (drum)

Inspirasi: Chick Corea, Eric Marienthal, The Beatles, Queen, Jason Mraz, ETC, Dace Weckl dan Justin Timberlake

Winfield (Vietnam)

Ahli: Sky (vokal), Ken (bass), Nguyen Nhat Doan (gitar), Burak Dedebal (drum) dan Tran Ngoc Bao Chau (keyboard)

Inspirasi: My Chemical Romance, A7X dan Lady Gaga

Black Infinity (Vietnam)

Ahli: Blackhearted (vokal), Tiger Nguyen (gitar), Son Cave (gitar), Tiger Vu (bass), Phe Tattoo (drum), Ice Dragon (keyboard)

Inspirasi: The Doors, Gun 'N' Roses, Black Sabbath, Lady Gaga dan Type O Negative

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: