
Hans berkata, perubahan dimaksudkan ialah menerusi pembabitan tiga pelakon baru, Nabil Ahmad memegang watak C’Tan, Rehman Rashid sebagai Tan Sri Ariffin dan Jaclyn Victor sebagai Jessy. Ia dikukuhkan lagi dengan barisan asal pelakonnya, Hans, Afdlin Shauki dan Awie.
Selain itu, pementasan musim kedua ini turut ditambah dengan menampilkan koreografi menarik daripada Pat Ibrahim dan muzik hebat daripada Acis selaku pengarah muzik kali ini.
“Cerita dan mesej yang disampaikan masih sama, iaitu berkisar impian empat beradik yang ingin diberi peluang menjalankan perkhidmatan mencuci Menara Berkembar
Petronas dan masuk pertandingan mencuci tingkap Olimpik.
“Bagaimanapun, saya tampilkan pembaharuan dari segi set, pakaian dan banyak lagi bertujuan untuk mewujudkan kelainan dan mahu ramai menyukai teater ini,” kata Hans ketika ditemui pada majlis sidang media, baru-baru ini.
Hans selaku penerbit di bawah syarikatnya, Tall Order Productions Sdn Bhd berkata, elemen komedi untuk pementasan kali ini lebih menarik dengan adanya Nabil manakala Rehman menunjukkan lakonan mantap.
“Saya lihat persembahan mereka ketika latihan sangat bagus. Saya terkejut melihat komitmen Nabil dan asyik ketawa dengan aksinya ketika latihan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: