JAKARTA - Saintis-saintis antarabangsa bimbang salji yang membentuk glasier di atas Gunung Puncak Jaya di pulau Papua, timur Indonesia akan hilang akibat kesan pemanasan global.
Kawasan salji seluas 4.8 kilometer meliputi puncak gunung berkenaan pada ketinggian 4,884 meter merupakan glasier terakhir di rantau Lautan Pasifik.
Kehilangan glasier itu disedari sepasukan penyelidik diketuai oleh saintis Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson semasa melakukan ekspedisi ke Puncak Jaya baru-baru ini. Menurutnya, gunung berkenaan kehilangan kira-kira 80 peratus glasiernya sejak 1936 dengan dua pertiga kehilangan tersebut berlaku sejak ekspedisi saintifik terakhir ke lokasi berkenaan pada tahun 1970-an.
Kini glasier yang pernah meliputi sebahagian besar pulau Papua ribuan tahun dahulu kini cuma tinggal seluas dua kilometer persegi dan sedalam 29 meter.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: