WASHINGTON - Robot yang boleh bertukar menjadi pelbagai bentuk seperti kereta yang ditayangkan dalam filem Transformers kini hampir menjadi kenyataan selepas sekumpulan saintis di Amerika Syarikat (AS) berjaya mencipta satu kepingan kertas yang boleh bertukar menjadi bentuk pesawat tanpa bantuan manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis di ibu pejabat Jabatan Pertahanan AS, Pentagon membelanjakan jutaan dolar untuk membina kepingan kertas kecil itu yang dilengkapi memori untuk mengubah bentuknya menjadi pesawat atau bot.
Kejayaan membina robot seperti watak Optimus Prime dalam filem Transfomers itu mencetuskan revolusi teknologi bagi mencipta kenderaan dan pesawat yang boleh menukar bentuknya semasa bergerak.
Teknologi sama boleh digunakan untuk mengeluarkan robot seperti dalam filem Terminator yang boleh cair dan mengalir ke dalam ruang kecil di samping menghasilkan pakaian seragam tentera dengan keupayaan pengubahsuaian mengikut persekitaran berbeza.
Robot prototaip itu dibina oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan (Darpa) milik Pentagon dengan kerjasama Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: