KISAH rumah tangga penyanyi Jon Bon Jovi atau lebih dikenali sebagai Bon Jovi jauh dari segala gosip liar.
Penyanyi ini juga dikenali sebagai suami yang setia dalam hubungan rumah tangganya. Imej itu telah tertanam dalam diri penyanyi rock tersebut.
Namun begitu baru-baru ini gambar-gambar penyanyi ini bersama seorang wanita berbogel tersebar di internet.
Aksi yang diambil di atas tempat tidur itu sengaja disiarkan oleh bekas pengurus kumpulan Bond Jovi, Rich Bozzett. Rich telah menggunakan gambar tersebut untuk buku terbarunya yang mengisahkan pengalaman selama dia menguruskan kumpulan itu.
Rich yang menjadi pengurus selama tujuh tahun menceritakan tentang seks, ubat-ubatan dan personaliti Bon Jovi.
Dalam sebuah wawancara, Rich mengaku memiliki kenangan yang indah selama menguruskan kumpulan yang dianggotai oleh Richie Sambora dan juga Tico Torres. Dia juga memberitahu Bon Jovi seorang lelaki yang baik.
Dia turut menambah gambar-gambar tersebut diambil oleh jurugambar terkenal pada tahun 1985. Dia turut menjelaskan ketika itu Bon Jovi masih muda dan menyukai hal sebegitu.
"Tetapi kenyataannya pada saat gambar itu diambil, Bon Jovi sedang bercinta dengan wanita yang kini menjadi isterinya dan ibu kepada empat orang anak, Dorothea Hurley," katanya.
Dalam pada itu Rich membantah bahawa dia sengaja menyebarkan gambar tersebut kerana ingin membalas dendam terhadap Bon Jovi yang telah memecatnya daripada menjadi pengurus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: