Thursday, July 29, 2010

Fesyen, sains hasilkan inspirasi gaya

AWALNYA, ia hanya bermula dengan pelaburan berjumlah AS$3,000 di sebuah makmal kecil di California, Amerika Syarikat (AS) pada 1960 bersama tiga produk saja.

pix_middle
Makmal penyelidikan yang diasaskan aktres yang juga model, Paula Kent bersama Jheri Redding itu menjadi titik- tolak kepada kewujudan jenama rambut terkenal, RedKen.


Kewujudan jenama berkenaan dikatakan banyak berpunca daripada kekecewaan Paula terhadap perjalanan kariernya sendiri.


"Hollywood gagal menjadikan saya sebagai Joan Crawford seterusnya dan kekecewaan itu mendorong saya mengambil keputusan menentukan takdir diri ini sendiri," kata Paula.


Produk penjagaan yang dihasilkan berbeza daripada jenama lain kerana ia mengutamakan protein dan pelembap yang sememangnya amat penting kepada kesihatan serta kecantikan rambut, hasil penyelidikan sains.


Selepas lima dekad, jenama itu terus mencipta pelbagai pembaharuan dalam produk penjagaan serta kecantikan rambut untuk golongan profesional dan wanita.


Satu demi satu inovasi dihasilkan daripada gabungan elemen fesyen dan sains untuk menghasilkan inspirasi gaya.


Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Redken, Karen Fuss-Zipp, berkata 50 tahun lalu, mereka menjengah salun rambut untuk menyebarkan mengenai kebaikan produk berkenaan kepada pelanggan.


"Kini, seiring dengan kemajuan teknologi dunia tanpa sempadan, kami mampu mencapai lebih ramai pelanggan menerusi dalam talian.


"Ia turut mendorong kami berpindah dari California ke 5th Avenue, New York dan mengiklankan label ini sebagai RedKen 5th Avenue.


"Untuk itu, pada masa depan, kami berharap dapat terus membawa inovasi kepada industri terutama kepada masalah penuaan rambut, pembaharuan warna serta gaya," katanya.Sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-50, jenama itu mengadakan majlis khas untuk menampilkan kembali gaya rambut yang pernah menjadi ikutan suatu ketika dulu.


Lima tema menarik, Revolution, Gravitate, High Definition, Ripped Ragged+Ton dan Urban Romance dipilih untuk menghiasi pentas peragaan eksklusif di pusat beli-belah, Pavilion, di ibu kota.


Setiap tema berkenaan menyerlahkan gaya rambut berbeza dari 70-an hingga fesyen terkini di alaf 2000.


Ia direalisasikan barisan penata gaya rambut daripada empat salun popular iaitu Sense Studio (Revolution), Toyako Salon (Gravitate), Celeb Trendz (High Definition), Curlers & Trimmers (Ripped Ragged +Ton) serta penampilan istimewa penata gaya rambut antarabangsa terkenal, Sean Godard yang memperagakan imej Urban Romance.Kepelbagaian gaya serta keberkesanan produk penjagaan jenama ini diakui ramai dan tidak hairan jika ramai selebriti terkenal Barat seperti Cameron Diaz, Jennifer Lopez, Ncole Richie dan Jessica Biel, turut menjadi pengguna setianya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: