Tuesday, July 27, 2010

Ferrari mungkin disingkir

ALONSO (belakang) dan Massa bersaing dalam GP Jerman, kelmarin.
ALONSO (belakang) dan Massa bersaing dalam GP Jerman, kelmarin.
Reputasi Ferrari calar lagi

HOCKENHEIM (Jerman): Pasukan Ferrari yang menyudahkan perlumbaan Grand Prix Jerman dengan kedudukan 1-2 kini berdepan bahaya mungkin disingkirkan daripada Formula Satu (F1) selepas menipu menetapkan keputusan tanpa sikap profesional.

Pasukan bergelar The Pancing Horse dan Fernando Alonso tampak kembali selaku pencabar mahkota kejuaraan F1, kelmarin tetapi dipalit kecewa apabila didenda AS$100,000 (RM322,000) gara-gara mencetus kecoh, kelmarin.Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) kini berpendirian tegas mahu membuat keputusan sama ada menambah hukuman tambahan.
Drama itu tercetus selepas seorang pegawai pasukan tampil melakukan arahan pasukan - sesuatu yang dilarang lapan tahun lalu. Ketua jurutera Ferrari, Rob Smedley dilaporkan meminta Felipe Massa memperlahankan jenteranya untuk membuka laluan kepada Alonso memintas dan memenangi perlumbaan itu.

Insiden memalukan Barrichello, Schumi 8 tahun lalu berulang

HOCKENHEIM: Pasukan popular Formula Satu (F1), Ferrari kini bergelut memulihkan reputasi mereka selepas dituduh memberikan arahan pasukan untuk menghadiahkan kemenangan kepada Fernando Alonso pada Grand Prix Jerman, kelmarin.

Gergasi Itali itu didenda AS$100,000 (RM322,000) kerana melanggar peraturan perlumbaan selepas juara dunia dua kali, Alonso diberi laluan oleh rakan sepasukan Felipe Massa untuk memintasnya, 18 pusingan sebelum tamat perlumbaan.

Walaupun badan induk sukan itu, FIA mengekalkan keputusan satu-dua Ferrari, mereka masih perlu berdepan Majlis Sukan Pemotoran Dunia.
Arahan pasukan dilarang lapan tahun lalu selepas insiden memalukan di Grand Prix Austria 2002, di mana Ferrari mengarahkan pendahulu perlumbaan, Rubens Barrichello memberi laluan kepada Michael Schumacher untuk memintasnya dan muncul juara.

Kelmarin, Massa yang mendahului dari awal perlumbaan, diberi arahan oleh jurutera pasukan, Rob Smedley untuk membenarkan Alonso memintasnya kerana didakwa lebih pantas berbanding pemandu Brazil itu.

Fernando lebih pantas daripada anda, kata Smedley. Boleh anda sahkan anda faham mesej ini?

Sejurus Massa memperlahankan jenteranya dan dipintas Alonso, Smedley sekali lagi bercakap menerusi radio: Bagus, kekalkan kedudukan itu. Maaf.

Bos Ferrari, Stefano Domenicali bagaimanapun menegaskan, tiada arahan pasukan dikeluarkan dan ia adalah keputusan Massa untuk membenarkan Alonso melepasinya.

Kami memberikan maklumat kepada pemandu dan ia terpulang kepada mereka untuk bertindak mengikut situasi semasa, kata Domenicali. Mengenai maaf Smedley pula, Domenicali mendakwa ia adalah mengenai keadaan jentera Massa yang lebih perlahan berbanding Alonso.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: