Friday, July 2, 2010
Fasha kunci mulut
Rentetan kontroversi yang menghambat Fasha Sandha, Rizal Asharam dan Tizz Zaqyah baru-baru ini, Fasha mengambil keputusan untuk terus mengunci mulut dari membicarakan isu hangat yang diperkatakan dan enggan memanjangkan cerita yang telah dianggap basi itu.
Bagi Fasha apa yang penting saat ini dia mahu meneruskan kehidupan serta memberi tumpuan kepada rezeki lakonan yang semakin mencurah-curah.
“Kalau boleh saya tidak mahu ingat perkara yang telah berlalu, yang penting saya dan Rizal tahu kebenarannya, dan saat ini saya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya saya dan menjaga perhubungan ini sebaik mungkin,” katanya yang ditemui semasa pelancaran drama terbaru lakonannya iaitu Duyong Aridinata.
Fasha juga pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengingatkan Tizz tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan dirinya.
Sebelum ini nama Fasha Sandha kembali hangat diperkatakan setelah Fasha mengeluarkan kenyataan di laman sosial milik mengingatkan seorang aktres agar menjauhi teman lelakinya.
Walaupun tidak mengeluarkan nama namun ramai dapat mengagak pelakon yang dimaksudkan itu adalah Tizz Zaqyah yang juga rakan baiknya.
Tidak lama selepas itu Tizz tampil mengeluarkan kenyataan menafikan dia ada mengganggu dan menghubungi kekasih Fasha Sandha iaitu Rizal. Walau bagaimanapun Rizal tidak hanya berdiam diri dan turut menyangkal kenyataan yang dibuat Tizz.
Jejai romantik
Pelakon berusia 26 tahun ini lebih senang berbicara mengenai hatinya yang telah berjaya ditawan bekas suaminya Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Asharam Ramli, 34, yang mesra disapa Jejai.
Menariknya Pulau Lang Tengah, Terengganu menjadi saksi bersatunya dua hatinya yang telah rasminya menjadi pasangan kekasih sejak Mei lalu. Jejai yang telah membuat kejutan kepada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata dengan menaiki helikopter.
“Saya memang tak sangka Jejai sanggup berbuat demikian untuk saya (datang dengan helikopter) kerana kami sudah dua bulan tidak berjumpa. Terus terang, saya terbuka hati menerima cinta Jejai kerana melihat kesungguhannya bersusah-payah untuk saya, selain mahu memberi kejutan. Ia amat menyentuh hati saya kerana belum pernah ada lelaki sanggup berbuat demikian untuk saya.,”
“Selain itu sikap Jejai yang romantik serta penyayang membuatkan hati saya tertarik kepadanya.
”Apa pun orang kata mengenai Jejai, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Jejai, dia menerima baik buruk mengenai saya,” akui Fasha yang masih belum memikirkan soal perkahwinan walaupun telah mengumumkan mengenai hubungan cinta mereka ini.
Saat ditanya jika keputusannya untuk mengumumkan perhubungannya dengan Jejai ada kaitan dengan kontroversi yang timbul sebelum ini, Fasha menegaskan tindakannya tiada kena mengena dengan kontroversi itu.
“Saya ingin tegaskan bahawa pengakuan ini tidak ada kaitan langsung dengan kontroversi yang berlaku baru-baru ini. Bagi saya, ia sudah selesai dan saya ingin teruskan kerjaya seperti biasa,” katanya.
Sebelum mengakhiri temu bualnya dengan para media, Fasha sempat menitip pesanan ikhlas dari hatinya mengenai pengakuan yang telah dibuat.
“Saya berharap pengakuan ikhlas saya ini boleh diterima pembaca dan peminat. Saya sudah mempunyai seorang teman istimewa ‘and he’s the one’. Jika ada yang tak boleh terima, saya tak boleh buat apa-apa sebab saya memang dengan dia,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: