Friday, July 16, 2010

Exora baru untuk raya

SYARIKAT kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) menyasarkan jualan 2,500 unit sebulan bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora versi diperbaharui yang dilancarkan semalam.

LANCAR...Syed Zainal Abidin (kanan) bersama Mohamad Shukor  ketika  melancarkan Proton Exora versi  diperbaharui, semalam.
LANCAR...Syed Zainal Abidin (kanan) bersama Mohamad Shukor ketika melancarkan Proton Exora versi diperbaharui, semalam.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, dengan pengenalan terbaru itu, pihaknya turut menyasarkan jualan 28,690 unit MPV berkenaan antara 2010 hingga akhir tahun depan.


Menurutnya, lebih 1,000 unit stok tersedia untuk diberikan kepada pelanggan menjelang musim perayaan Aidilfitri akan datang.


Katanya, sejak pelancaran Exora pada April tahun lalu sehingga kini, 32,540 unit Exora sudah didaftarkan di jalan raya dengan purata 2,300 jualan sebulan.


“Perubahan yang dilakukan dengan menukar warna dan aksesori itu sekali gus membuatkan kenderaan ini lebih sporty dan memberi kualiti terhadap pelanggan.


“Pembaharuan model ini turut memberi keyakinan kepada orang ramai, lagi pun dengan versi ini pelanggan hanya perlu menambah kira-kira RM1,000 berbanding Exora terdahulu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Proton Exora versi diperbaharui di Subang Jaya, semalam.


Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Proton, Mohamad Shukor Ibrahim.


Syed Zainal Abidin turut memaklumkan pihaknya akan melancarkan kenderaan terbarunya bagi menggantikan Proton Waja pada hujung suku keempat tahun ini.

1 comment:

  1. lepas raya kete exora nih dah tak berguna.....muahahaa

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: