KALAU Nora Danish tak perlukan media, Cik Normah tengok pelakon sensasi lagi kontroversi Fasha Sandha memang menagih perhatian daripada media. Kalau tak, takkanlah Fasha dengan tiba-tiba saja buat kenyataan dia ada hubungan dengan Jejai, hingga menutup limelight yang sepatutnya diberikan kepada banyak lagi pihak lain dalam Duyung Aridinata.
Ramai yang mengomel kerana tak berapa suka dengan cara Fasha membuat kenyataan mengenai kisah cintanya. Antara mereka termasuk teman rapat Cik Normah yang asyik membebel tak habis-habis.Pada Cik Normah, buat apalah nak dihairankan sebab Fasha ini memang bijak menghidu waktu yang terbaik untuk mendapatkan kembali perhatian. Dia tahu menggunakan situasi yang ada untuk mempromosikan diri. Kalau bukan kerana kisah cinta, tak ada maknanya media nak layan dia. Betul tak?Kebetulan ketika pelancaran drama itu, dia tidak memakai pakaian duyung. Jadi dia tahulah macam mana nak memenangi hati media. Tak perlu bersusah payah berendam dalam kolam dan habiskan masa berjam-jam pakai pakaian duyung semata-mata nak tarik perhatian wartawan.
Jadi kepada pelakon lain, maafkanlah Fasha kerana sudah berjaya mencuri tumpuan yang sepatutnya diberikan kepada anda semua. Walaupun mungkin dia tahu namanya akan terus dicaci, tapi dia tetap tegar juga membuat kenyataan berani. Bak kata kawan-kawan Cik Normah, a bad publicity is still a publicity, you all.
Yang Cik Normah nak tergelak tu, Fasha tak kisah sama ada si Jejai cintakan dia atau tak. Yang penting dia terlebih dulu buat kenyataan. Lebih berani lagi, Fasha juga tak kisah sama ada keluarga Jejai hendak terima dirinya atau tidak kerana yang penting dia bahagia.
Oleh itu, kepada pelakon wanita yang lain, kalau nak tahu formula menjadi popular, belajarlah daripada Fasha. Jangan pula menyalahkan dirinya kalau perhatian untuk anda terlebih dulu dicuri pelakon kontroversi ini. Okaylah itu saja coretan Cik Normah, kita tunggu juga apa pula kata keluarga Jejai nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: