Saturday, July 10, 2010

Dedikasi terbaik buat ibu


JENAMA produk tenusu ini mahu mengabadikan saat-saat istimewa kasih sayang anak dan ibu dalam iklan televisyen.


JENAMA tenusu terulung di Malaysia, Fernleaf telah melancarkan satu peraduan menarik istimewa buat kaum ibu di seluruh negara ini. Peraduan yang disebut Dedikasi Untuk Ibu, Ratu Hatiku ini diperkenalkan untuk mencari dedikasi kasih sayang terbaik oleh anak-anak kepada ibu mereka.

Peraduan yang telah bermula pada 1 Jun lalu terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 12 tahun.

Kanak-kanak digalakkan menghantar dedikasi kasih sayang paling kreatif kepada ibu mereka sama ada dalam bentuk lukisan, lagu, sajak ataupun ucapan. Peraduan tersebut sudah hampir sampai ke tarikh penutupnya iaitu pada 20 Julai ini.

"Fernleaf merupakan pilihan mana-mana ibu yang penyayang. Kami rasa inilah masanya untuk meraikan mereka dengan menawarkan peluang kepada anak-anak untuk meluahkan perasaan mereka secara kreatif kepada ibu masing-masing.

"Kami yakin para ibu akan berasa kagum, dihargai dan tersentuh dengan mesej kasih sayang daripada anak-anak mereka. Sekiranya terpilih, kanak-kanak tersebut dan ibu mereka akan mendapat peluang 'sekali dalam seumur hidup' untuk membintangi iklan televisyen (TV)," kata Pengurus Besar Jenama Fonterra (Malaysia), John McKay.

Menurut McKay, jenama itu ingin mengabadikan saat-saat istimewa kasih sayang anak dan ibu dalam iklan TV yang akan datang tersebut. Ini membolehkan para penonton dapat menyaksikan kasih sayang yang ikhlas kanak-kanak terhadap ibu mereka.

Sepanjang kempen selama tujuh minggu itu, kanak-kanak menghantar dedikasi kasih mereka melalui borang penyertaan yang disediakan di semua pasar raya utama dan kedai runcit di seluruh negara.

Daripada semua penyertaan yang diterima hanya 20 dedikasi kasih yang paling berinspirasi akan disenaraikan untuk ke peringkat akhir.

Di peringkat akhir pula mereka akan bertemu dengan dua orang bintang kecil dari sebuah siri program TV kanak-kanak popular iaitu Amir Johar dan Alya Sabrina.

Sementara itu, iklan TV yang disiarkan sepanjang bulan Jun hingga Julai untuk mempromosikan peraduan ini turut menampilkan Amir dan Sabrina.

Fernleaf akan menganjurkan bengkel istimewa dan sesi uji bakat untuk finalis dan 10 pasang kanak-kanak dan ibu akan dipilih untuk menyertai iklan Fernleaf yang baru.

"Bengkel dan sesi uji bakat serta mengetengahkan Amir dan Sabrina untuk bertemu dengan para finalis adalah untukmemberi galakan dan inspirasi kepada kanak-kanak untuk kelihatan lebih menyerlah apabila memberi dedikasi kasih sayang kepada ibu mereka dalam iklan TV Fernleaf.

"Lagi pun, Amir dan Sabrina sememangnya bintang TV muda yang berbakat dan saya pasti para finalis akan teruja berganding bersama mereka," kata McKay.

Panel hakim pula terdiri daripada penerbit, agensi pengiklanan dan Fernleaf yang akan memilih 10 orang kanak-kanak dengan dedikasi kasih terbaik mereka.

Selain daripada penampilan TV, mereka juga akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan bekalan produk tenusu Fernleaf selama setahun.

Tambah McKay, Fernleaf percaya bahawa cara terbaik untuk memahami perhubungan seorang ibu dan anak. Kempen ini turut dapat membentuk platform untuk membentuk interaksi antara ibu dan anak mereka serta Fernleaf.

Dalam pada itu, sepuluh finalis ibu dan anak yang tersenarai pendek tetapi tidak terpilih untuk iklan TV Fernleaf tidak akan pulang begitu sahaja.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM500 dan bekalan produk tenusu Fernleaf selama setahun.

Fernleaf juga akan memberikan hadiah tunai RM200 bagi setiap penyertaan yang ke-50. Sehingga 80 penyertaan akan dipilih untuk hadiah istimewa ini untuk pelanggan Fernleaf.

Iklan TV Fernleaf yang akan menampilkan 10 dedikasi kasih terbaik dijadualkan mula disiarkan di televisyen mulai penghujung Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: