Thursday, July 15, 2010

Berambut pendek jika mahu muda!

KECANTIKAN wanita bukan hanya terserlah pada solekan serta penampilan berbusana semata-mata sebaliknya gaya rambut perlu diambil kira.

FUNKY...gaya sebegini sesuai untuk majlis ulang tahun hari lahir  atau kasual.
FUNKY...gaya sebegini sesuai untuk majlis ulang tahun hari lahir atau kasual.

LEPAS...sepit rambut pada bahagian tengah kemudian lepaskan. MAKAN MALAM...gaya sebegini sesuai untuk majlis makan malam  dipadankan gaun labuh.


MAKAN MALAM...gaya sebegini sesuai untuk majlis makan malam dipadankan gaun labuh.
Gaya pula perlu mengikut majlis serta jenis penampilan sama ada untuk makan malam, jamuan ulang tahun hari lahir, majlis meraikan kenaikan pangkat atau majlis syarikat korporat.

Wanita sering meminggirkan gaya rambut dalam berhias kerana beranggapan solekan serta busana yang indah sudah cukup memperlengkapkan pakej keanggunan wanita.

Bagi jurusolek serta pendandan, Rustam Abd Majid, yang sudah hampir 12 tahun berpengalaman dalam bidang solekan dan dandanan, kecantikan serta keanggunan wanita akan lebih menyerlah ketika menghadiri sesuatu majlis jika mereka menampilkan gaya rambut menarik serta sesuai fesyen.

"Misalnya untuk majlis ulang tahun hari lahir, mungkin gaya funky dengan sedikit simpulan atau sanggul kecil pada bahagian atas kemudian lepaskan hujung rambut dan buat sedikit ikal pada hujungnya.

"Gaya sebegini sesuai dengan padanan gaun pendek atau blaus bersama denim," katanya.Bagi yang ingin tampil anggun untuk majlis makan malam, gaya bun atau sanggul tinggi sesuai untuk penampilan baju kurung atau gaun labuh.


Ini kerana dandanan rambut sebegini akan menyerlahkan lagi penampilan selain membuatkan anda bertambah langsing.

Ada wanita gemar membiarkan rambut terurai cantik. Namun gaya sebegini tidak sesuai untuk wanita berbadan gempal kerana akan membuatkan wanita bertambah pendek. Sebaliknya, pilih dandanan rambut yang akan menyembunyikan kekurangan diri.

"Misalnya jika anda memiliki dahi luas biarkan rambut menutupi dahi kemudian sepitkan pada bahagian kiri atau kanan rambut.

"Begitu juga sekiranya anda memiliki telinga lebar atau besar, rambut dapat menutupi kekurangan itu dengan membiarkannya terurai cantik dengan membuat sedikit alunan pada bahagian hujung rambut," kata Rustam.

Selain itu, menambah perhiasan seperti sepit, cekak atau getah mampu merubah penampilan asalkan perhiasan tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Dandanan sebegini sesuai untuk remaja sama ada keluar bersantai atau menghadiri majlis hari jadi. Berikut panduan untuk berdandan daripada Rustam.

Gaya rambut pendek.

Rambut pendek akan kelihatan lebih moden dengan dandanan baru iaitu dengan memotong pendek pada hujung rambut pada bahagian belakang.

Penampilan akan kelihatan lebih muda. Membuat rambut pendek gaya bob dengan sedikit bergelombang pada bahagian belakang juga salah satu cara untuk memperbaharui penampilan. Sesuai untuk wanita berwajah tirus.

Rambut sederhana panjang

Jika rambut sederhana panjang, pelbagai gaya dandanan boleh dilakukan iaitu gaya bergelombang atau lurus.

Rambut panjang

Pelbagai alat elektronik boleh digunakan untuk menata rambut panjang. Jangan malas menggunakannya sekiranya anda inginkan penampilan berbeza. Gaya rambut panjang dengan lapisan bergelombang besar boleh memperbaharui fesyen rambut anda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: