Thursday, July 8, 2010

Bantuan untuk kanak-kanak


Sukarelawan Great Eastern bergotong-rotong membersihkan rumah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Selangor, baru-baru ini.


GREAT Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (Great Eastern), baru-baru ini, telah menganjurkan program sehari bersama penghuni rumah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Selangor melalui projek kebajikan ChildrenCare.

Aktiviti bertemakan Mari Warnakan Dinding Anda itu membabitkan kira-kira 40 sukarelawan Great Eastern.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang bersama kanak-kanak istimewa berkenaan termasuk melakukan kerja-kerja seperti mengecat, membersihkan kawasan persekitaran rumah, menyiapkan makan tengah hari dan berhibur bersama mereka.

Ia adalah sebahagian daripada usaha mengukuhkan lagi keakraban di kalangan para penghuni dan sukarelawan Great Eastern.

Pada masa yang sama, kanak-kanak istimewa ini turut berpeluang merasai kasih sayang yang sememangnya amat mereka perlukan.

Terdapat seramai 80 kanak-kanak istimewa yang menghuni banglo dua tingkat berkeadaan serba kekurangan itu.

Kanak-kanak ini mengalami pelbagai kekurangan dari segi mental dan fizikal termasuk sindrom down, autisme, kecacatan fizikal, masalah penglihatan, kepayahan untuk bercakap, masalah pendengaran dan perkembangan minda yang terbantut.

Ketua dan Naib Presiden Kanan

Jabatan Modal Insan Great Eastern, Nancy Lim berkata, melalui program ChildrenCare ini diharap dapat mengembalikan sinar keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, di samping membangkitkan semangat gotong-royong di kalangan kakitangan Great Eastern sendiri.

Selain itu katanya, ChildrenCare juga turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada lima buah rumah kebajikan.

Kelima-lima rumah kebajikan tersebut ialah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Selangor, House of Joy, Rumah Titian Kasih, Pusat Jagaan Kasih Keluarga dan Trinity Home.

"Program ChildrenCare telah diwujudkan sejak 14 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu banyak projek kemasyarakatan khususnya membabitkan kanak-kanak telah berjaya dilaksanakan.

"Selain membantu golongan kurang bernasib baik baik kami juga ingin wujudkan budaya penyayang dan prihatin terutama di kalangan para ejen dan kakitangan Great Eastern," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: