Tapi Mangga Muda dapat khabar yang sahih apabila seorang kenalan Mangga Muda terserempak mereka menghadiri sesi kaunseling di sebuah jabatan agama di sekitar Lembah Klang bulan lalu. Kalau dah jalani kaunseling tu, sahlah mereka ada masalah.
Kenalan Mangga Muda tu ke sana sebab ada urusan pasal rumahtangga dia. Dia terserempaklah mereka di sana. Tak tahulah kali ke berapa artis itu ke sana sebab itulah kali pertama terserempak dengan dia.
Bukan terserempak berdepan tapi sepintas lalu sebab artis itu dan pasangannya yang juga dikenali ramai keluar ikut pintu belakang selepas sesi mereka selesai. Dia tak mahu orang awam di situ nampak sebab semua orang akan kenal wajahnya dan suami.
Pada mulanya kenalan Mangga Muda tak perasan sebab hanya nampak kelibat sahaja, tapi ada orang di sekelilingnya yang nampak dan memberitahunya semasa artis itu berlalu keluar.
Mangga Muda tak nak mendoakan yang buruk. Harap-harap sesi tersebut berjaya memulihkan hubungan mereka. Yalah... kalau asyik berantakan, nanti orang akan cop artis Malaysia tahu kehwin cerai sahaja.
Mangga Muda kenal sangat artis tu yang tak mahu kisah-kisah tidak baik didedahkan kepada umum. Dia juga bukanlah jenis yang mahu memburuk-burukkan pasangan kalau ada masalah di antara mereka. Dia rela pendam sendiri demi menjaga nama baik keluarga.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: