Friday, July 9, 2010

Ariel Mohon Dibebaskan Sementara

Ariel (dua dari kanan) bersama ahli-ahli kumpulan Peterpan.

JAKARTA: Bekas vokalis Peterpan, Ariel sudah mengemukakan permohonan penangguhan penahanannya kepada pihak polis.

Ariel berharap pihak polis meluluskan permohonannya supaya dia dibebaskan sementara waktu.

"Dia berharap permohonan itu diluluskan," kata jurucakap polis di Jakarta Selatan, Khamis lalu.

Namun pihak Ariel menyerahkan semua keputusan kepada pihak polis. Mereka akan menerima sebarang keputusan mengenai penangguhan penahanan itu.

Ariel diberi hak untuk memohon dibebaskan sementara mengikut lunas undang-undang. Jurucakap polis berkata, pihaknya tidak akan menyulitkan soal permohonan itu.

"Semuanya tentu bergantung kepada hasil siasatan. Kalau kita anggap sudah cukup dan kita anggap suspek yang bersangkutan boleh didakwa, serta tidak menyukarkan pemeriksaan dilakukan, maka semua mempunyai hak," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: