|
Yalah, sebab lazimnya album kompilasi diterbitkan semasa seseorang artis tidak lagi bernaung di bawah bumbung syarikat tersebut. Tak tahulah payah untuk mengadakan promosi atau sengaja tidak mahu melakukannya. Berbeza sekali dengan album kompilasi Anita Sarawak, Cinta Anita yang dipasarkan oleh Life Records. Pihak syarikat itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada diva popular itu walaupun tanpa kontrak. ![]() Anita tak lupa lagu-lagu lagendanya. Album yang memuatkan lagu-lagu era 1970-an, 1980-an dan terkini itu diterbitkan oleh Life Records Singapura dan dipasarkan di negara ini sebagai album import. Di Singapura album itu antara yang terlaris jualannya. "Pada awalnya album ini hanya untuk pasaran Singapura sahaja dan apabila mendapati ia mendapat sambutan memberangsangkan, mereka memasarkan di Malaysia pula," kata Anita dalam majlis pelancaran album itu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pihak Life Records juga mengambil tindakan segera memasarkan album tersebut di Malaysia sebelum ia dicetak rompak. ![]() Ramai peminat Lagu Asmara yang dirakam dibawah label Astro Entertainment tidak pernah dipasarkan dalam mana-mana album sebelum ini. Album itu turut mendapat kerjasama EMI, Warner, KRU dan Astro Entertainment. Selain 16 buah lagu nostalgia dan baru album itu turut datang dalam pakej VCD MTV Karaoke yang memuatkan lagu-lagu Asmara, Seksis, Maafkan, That Ol' Devil Called Love dan Ular. |
Friday, July 16, 2010
Anita sangat komited
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biasanya sesebuah album kompilasi hanya diletakkan di kedai menjual muzik tanpa sebarang poblisiti. Kalau adapun, segmen ulasan album dalam beberapa media sahaja.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: