TEKANAN dan umur antara faktor penyumbang kepada kedutan wajah yang menyebabkan otot menjadi kurang bermaya.
Selain menggunakan produk penjagaan wajah sesuai, kebanyakan wanita kurang tahu teknik urutan wajah adalah rawatan antipenuaan paling berkesan yang boleh mengurangkan kadar kedutan terutama pada bahagian bibir, mata dan dahi.
Justeru bagi mengembalikan keceriaan wajah, tekanan lembut menerusi teknik urutan boleh mengurangkan ketegangan dan membolehkan otot muka kembali ke tempat asal dengan mudah.
Menerusi amalan berterusan, kulit wajah akan lebih tenang dan kelihatan lebih muda. Ini kerana urutan akan menggalakkan pengaliran darah pada bahagian muka, sekali gus membuatkan kulit sihat berseri.
Memahami keinginan wanita yang mahukan wajah menawan tanpa garisan penuaan, Lancome mengesyorkan penggunaan serum Genifique Youth Activator dan krim mata Genifique dengan urutan muka di rumah.Menurut Pengurus Produk Penjagaan Kulit Lancome, Lee Chee Koon, urutan boleh membantu kulit menyerap semua kebaikan serum Genifique dan krim mata.
Di salun, mesin ultra bunyi digunakan bagi menyerap cecair produk ke dalam kulit. Namun dengan melakukan urutan di rumah, kebaikan diperoleh sama sahaja, malah anda berasa lebih selesa kerana boleh dilakukan pada bila-bila masa.Lee menerangkan serum Genifique dicipta untuk mengembalikan genetik muda dan memberikan kulit kekal menawan.
“Apabila disapu, larutan lut sinar Genifique akan menyalut kulit dan menyerap jauh bagi memberikan kesan mendalam.
“Urutan muka Lancome mudah dipelajari dan dapat dilakukan setiap hari menggunakan serum Genifique dan krim mata.
“Anda boleh mengamalkan rutin urutan wajah setiap pagi ketika menggunakan serum atau krim pelembap atau pada waktu petang selepas menanggalkan solekan. Urutan hanya mengambil masa lima minit,” katanya.
Selain serum dan krim mata, topeng wajah Genifique Youth Activating Second Skin Bio-Cellulose dengan pati unik bio teknologi semula jadi berfungsi sama seperti lapisan kulit kedua.
Ia menyediakan bahan aktif semula jadi secara mendalam dan menenangkan kulit. Topeng wajah ini juga berfungsi sebagai antiradang dan mampu memulihkan kulit.
“Anda boleh menggunakan topeng wajah sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama dua minggu. Dua keping topeng wajah sama dengan penggunaan dua botol serum Genifique,” katanya.
Bagi yang ingin mendapatkan kulit menawan sempena kedatangan Aidilfitri, mereka boleh memulakannya sekarang.
Menurut Lee, tidak mustahil dalam masa sebulan dengan bantuan produk dalam siri Genifique disertakan teknik urutan wajah, ia membantu untuk mengembalikan kecantikan serta keserian wajah.
“Pada musim perayaan, kebanyakan wanita sanggup berhabis duit membeli baju, perhiasan serta alat solek. Namun jangan lupa memberikan perhatian kepada kulit kerana kulit yang cantik akan membuatkan penampilan menarik,” katanya.
Keberkesanan formula Genifique terbukti di seluruh dunia. Selepas menggunakan dua bulan, sebanyak 82 peratus wanita mengakui kulit mereka lebih berseri, 85 peratus mengatakan lebih licin, 91 peratus mengakui kulit lebih lembut manakala 80 peratus memberitahu rona kulit menjadi lebih sekata selepas menggunakannya.
Kini Genifique menjadi serum antipenuaan mewah nombor satu di Perancis, malah lebih dua juta botol hitam dijual di seluruh dunia sejak dilancarkan pada Mei 2009 lalu.
Serum Genifique Youth Activator berharga RM350 untuk kandungan 30 mililiter (ml), krim mata Genifique, RM205 untuk 15ml manakala topeng wajah Bio -Cellulose berharga RM300 untuk setiap kotak mengandungi enam keping.
Bagi yang ingin mencuba, boleh mengunjungi kaunter kecantikan Lancome di Metrojaya dan Jusco, Mid Valley Megamall, Parkson Sungai Wang, Subang Parade, KLCC, Gurney Plaza, Bandar Utama, Pavilion dan Isetan KLCC.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: