AKIBAT ingin mencuba permainan Sketeboard, penyanyi lagu Jangan Nakal, Alif Satar dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh.
Dia dimasukkan ke hospital pakar Damansara Selasa lalu pada pukul 12 malam dan sehingga kini masih lagi mendapatkan rawatan fisioterapi bagi memulihkan kecederaan.
"Saya baru cuba untuk main skateboard dengan kawan-kawan, tiba-tiba terjatuh. Masa jatuh tidak terlalu sakit tetapi dua hari selepas itu baru saya rasa sakit yang teramat sangat sampaikan saya menangis ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Doktor beritahu bahawa tulang belakang saya tergelincir atau "slip dics" dan perlu mendapatkan rawatan rapi. Tapi hari ini saya minta kebenaran keluar sekejap untuk sesi fotografi drama Idola Kecil The Series.
"Saya hanya boleh berdiri sekejap untuk bergambar dan banyak berbaring sahaja," ujarnya yang sedang dalam perjalanan pulang semula ke hospital sewaktu dihubungi mStar Online.
Jelasnya lagi, buat masa ini dia tidak dibenarkan menjalankan aktiviti lasak terutamanya bersukan. Malah perlu lebih banyak berehat sehingga benar-benar pulih.
"Mungkin beberapa hari lagi saya akan dibenarkan pulang jika keadaan mengizinkan. Tapi saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak dan angkat benda berat," katanya yang baru menghasilkan single terbaru berjudul Cukup Indah.
Dalam pada itu, Alif juga baru sahaja selesai program Singing DiGiLive Tour yang menjelajah lapan buah negeri termasuk Sabah dan Serawak. Antara artis yang turut terlibat ialah 6ixth Sense, Disagree, Estrange, Ana Raffali dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: