Monday, July 19, 2010
AL-ikhsaN sasar 80 cawangan baru
aL-ikhsaN Sdn Bhd, rangkaian kedai kelengkapan peralatan sukan terkenal negara menyasarkan untuk membuka 80 cawangan sehingga akhir tahun ini.
Pengurus kanan Operasinya, Suhairi Hassan berkata, setakat ini, aL-ikhsan mempunyai 71 cawangan dan sasaran itu adalah bagi mencapai matlamat mewujudkan 200 cawangan seluruh negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Pengembangan cawangan adalah pendorong utama selaras merealisasikan hasrat kami untuk menjadi kedai peralatan sukan nombor satu di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
aL-ikhsaN ditubuhkan pada 1993 dengan pembukaan cawangan pertama di Holiday Plaza, Johor Bharu.
Menurutnya, syarikat memperuntukkan RM1.2 juta sebagai pelaburan awal untuk membuka sesebuah cawangan baru meliputi produk dan berbeza berdasarkan keluasan dan lokasi.
Beliau berkata, dalam soal membuat pilihan yang tepat untuk membuka cawangan baru aL-ikhsaN akan menitikberatkan soal pemilihan lokasi, pengurusan sistem runcit yang sistematik, susun atur produk, perkhidmatan pelanggan dan produk pilihan pelanggan.
Katanya, itu adalah faktor utama bagi menarik lebih ramai pelanggan selaras konsep kesukanan yang ringkas dan untuk gaya hidup yang santai.
Suhairi berkata, selain itu aL-ikhsaN juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan itu di luar negara kerana beliau percaya, selagi acara sukan diteruskan, permintaan terhadap peralatan sukan tetap meningkat.
“aL-ikhsaN akan terus berkembang seiring peredaran dan penganjuran acara sukan. Di sebabkan dunia kesukanan tiada penghujung, dan perniagaan ini pula berteraskan asasi manusia maka perjalanannya sentiasa cerah seperti yang disasarkan,” kata Suhairi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: