|
|
KUALA LUMPUR - Hasrat seorang ahli perniagaan wanita warga Kanada untuk membuat pelaburan perniagaan hartanah di Malaysia lebur apabila dia ditipu dua lelaki rakyat Malaysia mengakibatkan kerugian hampir RM1 juta.
Mangsa, Poon Annie Yai Yiu, 58, berkata, dia berkenalan dengan salah seorang daripada lelaki itu yang dikenali sebagai Jong Song di Kanada sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, hanya pada tahun lalu, lelaki itu memperkenalkan perniagaan tersebut dengan menabur janji-janji manis.
Katanya, kenalannya itu mendakwa dia akan menerima pulangan lumayan jika turut serta dalam perniagaan itu sehingga membuatkannya tertarik untuk melabur tanpa berfikir panjang.
"Pada bulan Mac lalu, saya datang ke negara ini dan berjumpa dengan dia serta rakannya dikenali sebagai Hock Seng yang dikatakan pemaju satu projek hartanah di sebuah hotel di sini untuk membincangkan mengenai pelaburan tersebut.
"Melalui perbincangan itu, saya bersetuju untuk menyerahkan wang sebanyak AS$35,000 (RM113,750) untuk bayaran wang pendahuluan atas satu projek yang dijanjikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, selepas itu, dua lelaki tersebut telah memintanya menyerahkan wang sebanyak AS$245,000 (RM796,250) lagi secara berperingkat untuk keseluruhan pelaburan yang dipersetujui.
"Selepas pembayaran akhir dibuat pada awal bulan ini, mereka telah bersetuju untuk membawa saya melihat tapak projek syarikat tersebut, namun atas sebab-sebab tertentu ia dibatalkan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: