KANGAR: Semua guru dan pembantu guru tabika Perpaduan di seluruh negara yang selama ini berkhidmat secara kontrak bakal diserap ke jawatan tetap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berkata cadangan menyerapkan 3,286 guru dan pembantu guru tabika itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."Sudah sampai masanya mereka diberi jawatan tetap yang menjanjikan masa depan yang lebih baik. Saya harap proses penyerapan dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam "Untaian Kasih" Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perlis di sini malam tadi, Murugiah berkata pada masa ini kesemua guru dan pembantu guru di 1,643 tabika
Perpaduan berstatus kontrak dan ada yang telah berkhidmat selama 30 tahun.
Majlis makan malam Untaian Kasih yang diadakan sempena klinik Dodgeball 1Malaysia peringkat negeri Perlis itu dikendalikan Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) dan disertai kelab Rukun Negara, Jiran Muda dan Jiran Wanita.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan negeri Perlis Abdul Jamil Saad dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Azizah Ariffin.
bagus nya..
ReplyDelete