Wednesday, July 14, 2010

3 langkah galak pasaran modal

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, Malaysia memerlukan tiga langkah tambahan yang berkesan jika mahu pasaran modal menjadi lebih kukuh dan memberi nilai penuh kepada ekonomi negara.

MESRA...Muhyiddin bersalam dengan penerima Anugerah Biasiswa  Suruhanjaya Sekuriti, semalam.
MESRA...Muhyiddin bersalam dengan penerima Anugerah Biasiswa Suruhanjaya Sekuriti, semalam.
Beliau berkata, tiga langkah itu antara lain mahu menggalakkan pertumbuhan pasaran modal yang dinilai berdasarkan kajian ke atas negara maju yang berjaya menaikkan kedudukan ekonomi masing-masing ke tahap memberangsangkan.


Katanya, langkah pertama ialah peranan perlu dimainkan sektor perkhidmatan kewangan dengan memberi tumpuan kepada usaha merangsang pembangunan kelas aset yang baru, berbanding sebelum ini hanya bergantung kepada ekuiti semata-mata. “Kedua, dana tertentu terutama pencen perlu disusun semula dengan cara meluaskan rangkaian asetnya yang difikirkan sesuai untuk dilabur bagi menarik perhatian institusi pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.


“Sementara langkah ketiga, kita perlu bijak mempromosikan penswastaan ke atas mana-mana perusahaan milik kerajaan negeri yang difikirkan sesuai kerana dengan cara ini ia turut mampu merangsang pertumbuhan pasaran modal negara kita.


“Sekurang-kurangnya, langkah itu boleh memberi ruang dan peluang kepada perusahaan milik kerajaan negeri yang tidak efisien boleh dibantu pakar daripada sektor swasta,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah biasiswa Suruhanjaya Sekuriti, di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: