Saturday, July 9, 2011

Malaysia kekal penerbit terbesar sukuk

Malaysia kekal sebagai penerbit terbesar sukuk tempatan pada kadar nilai 72 peratus dengan selebihnya dikuasai penerbit lain

seperti Sudan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Brunei, Pakistan dan Indonesia.

Bagaimanapun, untuk pasaran sukuk jangka pendek (matang dalam tempoh setahun atau kurang), Sudan mendahului terbitan sukuk tempatan, diikuti Bahrain, Brunei dan Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa (IIFM) Ijlal Ahmad Alvi berkata bagi pasaran sukuk tempatan, Malaysia memperoleh bahagian terbesar dari segi jumlah dan nilai.

Beliau berkata, minat untuk sukuk jangka pendek lebih besar berbanding tempoh yang lebih panjang seperti yang dialami oleh kebanyakan penerbit.

“Trend untuk menerbitkan sukuk tempoh yang lebih pendek semakin meningkat dan sekali lagi dipacu oleh penerbit negara menerusi bank-bank pusat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: