Friday, July 16, 2010

Wanita paling gemuk kesal layanan buruk hospital




CHELMSFORD - Seorang wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler (gambar), 40, mendakwa doktor-doktor di sebuah hospital dekat rumahnya di sini sengaja membiarkan dia supaya mati kerana tubuhnya amat gemuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang memiliki berat 286 kilogram kini menghabiskan masa di atas katil hospital dengan ditemani suaminya, Tyler selain menggunakan topeng oksigen bagi membantu pernafasan.

Ibu empat anak itu mendakwa, pihak hospital membatalkan satu pembedahan pintasan usus yang melibatkan kos £30,000 (RM147,496) disebabkan tubuhnya terlalu besar bagi menjalani pembedahan.

"Tiada sesiapa yang mahu bersimpati dengan nasib orang gemuk," kata Sharon.

Pada mulanya, berat badannya normal ketika dia berkahwin pada usia 20-an.

Berat badannya bertambah selepas dia menjadi penagih makanan kesan daripada tekanan selepas melahirkan anak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: