|
|
DALAM dunia nyanyian Indonesia, nama Vina Panduwinata adalah satu nama yang cukup besar dan disegani kerana kredibilitinya sebagai penyanyi senior.
Cukup terkenal dengan lagu Si Burung Camar, Vina yang mesra juga dipanggil Mama Ina, satu hal yang membuat penyanyi ini bertahan terus di sebalik lambakan penyanyi baru adalah sikap sederhananya.
Di atas panggung, dia adalah diva. Namun sebaik turun daripada pentas atau tidak memegang status penyanyi, akui Vina, dia hanya seorang manusia biasa yang tidak mempunyai keistimewaan luar biasa.
"Kalau peminat yang kata saya 'diva' mereka, saya senang menerima. Tapi bukan saya yang meletakkan diri saya sebagai diva. Saya hanya orang biasa dan saya senang kalau pekerjaan saya sekarang ini mampu memberi erti buat orang lain. Maksud saya kita semua berkongsi manfaat," katanya yang menolak gelaran diva.
Malah yang membuat dia terus bertahan dalam dunia hiburan adalah kerana kesederhanaannya dan sikap yang suka memanfaatkan segala peluang dengan baik.
Namun saat ditanya apa yang membahagiakan hidupnya, adakah tentang karier yang sukses atau kehidupan yang baik, Vina memilih akan menjadi bahagia sekiranya dia meninggal dunia kelak.
Katanya: "Saya akan rasa bahagia kalau saya sudah kembali kepada Tuhan. Itu paling membahagiakan saya kelak kerana itu tujuan akhir manusia. Puncak kebahagiaan saya adalah jika saya bisa kembali kepada Allah."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: