Thursday, July 8, 2010

Syiling dua juta euro di lebuh raya


BEBERAPA pekerja lebuh raya mengutip duit syiling dua juta euro di Foggia.


ROM - Sebuah trak yang membawa duit syiling sebanyak dua juta euro (RM8.09 juta) terbalik di sebuah lebuh raya tetapi malangnya beberapa orang sempat melarikan 10,000 duit syiling euro (RM40,516), kata polis kelmarin.

Menurut polis di Foggia selatan Itali, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu semasa trak tersebut dalam perjalanan dari sebuah kilang duit syiling ke bank-bank tempatan.

Pemandu trak dan seorang penumpang mengalami cedera ringan dalam kemalangan itu.

Beberapa orang yang merupakan pengguna lebuh raya itu melarikan duit syiling berkenaan sebelum ketibaan polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: