SONKAJARVI - Finland menjuarai Kejohanan Mengangkat Isteri Sedunia buat kali kedua berturut-turut yang diadakan pada setiap tahun di bandar ini, tengah Finland, kata pihak penganjur semalam.
Pemenang pertandingan itu, Taisto Miettinen, yang juga juara bertahan berlari sejauh 250 meter dengan merempuh dua halangan dan sebuah kolam dalam masa cuma satu minit empat saat sambil mengendong isterinya, Kristiina Haapanen.
Dia menewaskan peserta dari Estonia, Alar Voogla dan Kristi Viltrop yang turut memperoleh pingat perak pada tahun lalu, dengan kelebihan masa 0.4 saat.
"Saya gemar bertanding dan menang. Kami gigih berlatih tetapi perlumbaan ini agak sukar berbanding tahun lalu kerana kolamnya yang lebih besar," kata Miettinen.
Pada tahun ini, 51 pasukan dari 13 negara termasuk Australia, Amerika Syarikat dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menyertai pertandingan itu yang disaksikan oleh 4,000 penonton.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: