Friday, July 16, 2010

Sheila Rusly Boleh Teruskan Perniagaan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Sheila Rusly (gambar) masih boleh meneruskan perniagaan Restoran Nasi Dagang House pada Oktober 2005 apabila giliran beliau untuk menguruskan restoran itu, kata rakan kongsinya di Mahkamah Tinggi, Khamis.

Ahli perniagaan Datuk Azlina Che Abdullah berkata dakwaan Sheila bahawabeliau telah memindahkan sebahagian peralatan memasak adalah tidak benar.

"Saya hanya mengambil barang peribadi milik saya iaitu sehelai kain sampingyang dijadikan hiasan dinding, sebuah bubu buluh hiasan, sebiji tudung sajihiasan, sebuah televisyen yang dihadiahkan oleh kawan saya, sebiji periuk besardan satu periuk memasak nasi," katanya.

Azlina, 43, memberitahu demikian dalam perbicaraan kes saman Sheila, 39,terhadap Azlina yang menuntut semula modal sebanyak RM55,000 yang dilaburkandalam restoran itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguamnya, Mohd Firuz Jaffril bahawa adalahmustahil Sheila dapat meneruskan operasi di restoran itu kerana beberapa pekerjaturut meninggalkan Restoran Nasi Dagang House, Azlina berkata masih ramai yangbekerja di situ.

"Seingat saya hanya tiga dan empat orang sahaja yang meninggalkan RestoranNasi Dagang House daripada belasan pekerja (yang ada) dan mereka yang meninggalkan restoran itu merupakan saudara kepada suami saya," katanya.

Azlina berkata walaupun tukang masak di restoran itu berhenti, ia tidak akanmenjejaskan operasi restoran berkenaan memandangkan Sheila sudah mempunyaitukang masak baru.

Beliau berkata perniagaan itu tidak akan terjejas walaupun resepi Sheilabukan resipi utama restoran itu kerana pengacara itu boleh memasak.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Yee Lan bersambungesok. Pada 21 Jan 2006, Sheila menfailkan saman terhadap Azlina atas dakwaan gagalmematuhi terma-terma kontrak antara mereka dan menuntut semula modal sebanyakRM55,000 yang dimasukkannya ke dalam perniagaan perkongsian itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: